Anggota polis maut dirempuh

No Image Caption
A
A
A

TEMERLOH - Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 160 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Kampung Dala, Lanchang di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff memberitahu, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa yang berusia 39 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, berdasarkan siasatan yang dijalankan, mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Mentakab.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 39 tahun yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan motosikal.

"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Penunggang motosikal merupakan seorang anggota polis yang bertugas di daerah Kluang, Johor," kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Ujar beliau, tangkapan telah dilakukan ke atas lelaki tersebut dan tahanan reman dibuat pada Khamis serta ujian air kencing telah diambil bagi melengkapkan siasatan.

"Mana-mana individu atau saksi yang melihat kejadian tersebut diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 09-2716086 bagi membantu siasatan," kata beliau kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.