Keluarga tunggu keputusan siasatan

No Image Caption
A
A
A

KUALA PILAH - Keluarga ketua Jururawat Hospital Serdang, Allahyarham Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40 masih menunggu siasatan terkini daripada polis berhubung kematian mangsa yang ditemui dibunuh di sebuah rumah di Cyberjaya petang kelmarin.

Adiknya, Siti Khairani,36, bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu untuk tidak mengganggu siasatan polis terhadap kes tersebut.

Katanya lagi, majlis tahlil arwah dijangka berlangsung di kediaman ayah mereka di Gemas hari ini.

"Kami masih berada di sini (Seri Menanti) dan Insya-ALLAH akan mengadakan majlis tahlil di rumah ayah kami di Gemas hari ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Siti Kharina selamat dikebumikan selepas Isyak

Terdahulu, jenazah Siti Kharina selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti selepas Isyak malam tadi.

Misteria kehilangan Siti Kharina sejak 8 Mei lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di sebuah rumah di Cyberjaya.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Kali terakhir mangsa menghubungi suami serta anaknya untuk memaklumkan kepulangannya bagi mengecat rumah sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.