Malaysia sebagai negara berintegriti

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KETEGASAN para pemimpin kerajaan baru-baru ini yang ingin melihat Malaysia dikenali sebagai negara berintegriti dan antirasuah di persada antarabangsa seharusnya disambut oleh seluruh rakyat dengan rasa tanggungjawab dan penuh kesedaran.

Kita semua sedia maklum selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahaan daripada Barisan Nasional (BN) setahun yang lalu, usaha untuk membanteras gejala rasuah dan penyelewengan kuasa telah dilakukan secara serius.

Antaranya adalah dengan menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional dan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 yang telah dilancarkan pada awal tahun ini.

Kita percaya rakyat mahu Malaysia ditadbir urus dengan bersih dan teratur.

Itulah pentingnya pelan antirasuah berkenaan yang merangkumi enam sektor berisiko termasuk politik, perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang, pentadbiran sektor awam, perundangan dan kehakiman serta tadbir urus korporat.

Pengumuman Tabung Haji (TH) baru-baru ini yang memperoleh pendapatan berjumlah RM623 juta dan mencatat keuntungan bersih RM440 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac tahun ini menjadi satu contoh bahawa urus kewangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kini semakin baik dan perlu diberi pujian.

Setelah berlakunya penyelewengan dan urusan kewangan yang mencurigakan, TH di bawah kerajaan baharu begitu yakin perolehan pendapatan itu hasil daripada kejayaan proses penstrukturan dan pemulihan yang dilaksanakan pada akhir Disember 2018.

Impian kita menjadi negara yang berintegriti dan sifar rasuah bagaimanapun bukanlah mudah.

Artikel Berkaitan:

Ia adalah cabaran kepada segenap lapisan masyarkat kita.

Pada tahun lalu, Malaysia berada di tangga 61 daripada 180 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) berbanding kedudukan ke-62 pada 2017.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Transparency International, negara kita mengekalkan skor 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI pada tahun lalu dan 2017.

Berkat kesungguhan kerajaan dalam memerangi gejala rasuah tanpa mengenal erti penat, rakyat tentunya percaya kedudukan Malaysia dalam CPI boleh diperbaiki lagi.