Jangan buat spekulasi kematian Siti Kharina

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kes kematian ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebaliknya semua pihak perlu menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Kementerian Kesihatan yakin pihak polis sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan siasatan kes ini.

"Orang ramai diminta untuk mengelak membuat spekulasi agar tidak mengganggu siasatan kes dan menghormati perasaan keluarga beliau," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Noor Hisham turut mengucapkan takziah kepada keluarga Siti Kharina atas kejadian tersebut.

"Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan pemergian beliau," katanya.

Mayat Siti Kharina ditemui dalam keadaan terlentang tanpa berpakaian lengkap dengan kesan kelar di kepala, leher dan dada di sebuah kondominium di Cyberjaya, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes bunuh jururawat: Aliwajuwon diberkas

Artikel Berkaitan: