Gencatan Hudaidah dicemari serangan udara

Martin Griffiths
Martin Griffiths
A
A
A

SANAA - YAMAN.Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Yaman menggesa tentera pro kerajaan dan pemberontak Houthi menghormati gencatan di bandar pelabuhan Hudaida, selepas pertempuran kedua-dua pihak mengancam perjanjian yang dicapai di Sweden, minggu lalu.

“Wakil khas berharap kedua-dua pihak menghormati tanggungjawab masing-masing berdasarkan syarat Perjanjian Stockholm serta melaksanakan segala terma serta merta,” kata Martin Griffiths menerusi Twitter.

Menurut Griffiths, PBB sedang berbincang dengan kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi dan pemberontak Houthi untuk memastikan perjanjian melibatkan bandar pelabuhan Hudaidah, Khamis lalu, dilaksanakan dengan berkesan.

Menurut penduduk, bandar Hudaidah semalam digemparkan dengan beberapa serangan udara serta pertempuran di kawasan pinggiran. - AFP

Artikel Berkaitan: