X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 29 Oktober 2021

SPR sedia bincang larangan kempen waktu pejabat

A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia berbincang dengan Pakatan Harapan (PH) dan mana-mana pihak berkaitan isu penggunaan aset kerajaan dan larangan anggota pentadbiran berkempen pada waktu pejabat.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, ia merupakan antara kaedah SPR untuk mendapatkan pandangan bagi menambah baik proses perjalanan pilihan raya.

"Tindakan ini selaras dengan proses kerja libat urus dan keterbukaan SPR untuk mendapatkan input dan pandangan terutamanya pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya.

"Fokus utama SPR adalah untuk membentuk satu proses pilihan raya adil kepada semua pihak dan ia berjalan dengan telus dan berintegriti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan akan berbincang dengan SPR berkenaan sekatan terhadap menteri Kabinet untuk berkempen dalam pilihan raya ketika waktu bekerja.

Menurut Dr Mahathir, sekatan tersebut seolah-olah memberi peluang kepada parti lawan yang tidak mempunyai kerja untuk berkempen 24 jam, sedangkan menteri-menteri tidak boleh berkempen

Dalam pada itu, Azhar berkata, SPR telah mengambil pelbagai tindakan untuk menambah baik proses pilihan raya dan melihat secara menyeluruh reformasi yang boleh dilaksanakan selepas PRU14.

"Menjadi matlamat SPR agar semua penambahbaikan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan nanti dapat menjamin pilihan raya telus, bersih dan adil.

"Dalam konteks tersebut, penambahbaikan terhadap proses-proses perjalanan pilihan raya yang tidak melibatkan pindaan undang-undang telah dilaksanakan. Manakala yang melibatkan pindaan undang-undang perlu kepada penelitian dan kajian lanjut," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!