5,000 penduduk terputus hubungan

Jeti tenggelam menyebabkan feri ke Pasir Kelang tidak dapat beroperasi.
Jeti tenggelam menyebabkan feri ke Pasir Kelang tidak dapat beroperasi.
A
A
A

KUALA KRAI - Kira-kira 5,000 penduduk di beberapa kampung di sini, terputus hubungan apabila perkhidmatan feri yang menjadi penghubung utama mereka tidak beroperasi sejak Khamis lalu.

Kampung terlibat ialah Pasir Kelang, Kampung Taku, Buyong,Sungai Taku, Taku Estet, Pasir Kelang Lama dan Pasir Kelang Baru.

Pengerusi Koperasi Pasir Kelang Berhad, Muhammad Jaafar berkata, paras air sungai yang agak tinggi menyebabkan jeti tenggelam.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan feri tidak dapat berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang.

“Kami jangkakan perkhidmatan feri ini akan dapat beroperasi dalam masa terdekat memandangkan paras air semakin surut,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan bot biasa masih beroperasi tetapi hanya untuk membawa penumpang berbanding feri yang turut membawa kenderaan menyeberangi sungai.

Katanya, penduduk yang mempunyai pacuan empat roda boleh menggunakan jalan alternatif melalui daerah Tanah Merah untuk ke destinasi masing-masing.

“Tapi jarak agak jauh di samping keadaan jalan kurang elok,” katanya.

Artikel Berkaitan: