Suami, isteri disyaki pengedar dadah diberkas

Polis merampas bahan bukti di sebuah rumah di Taman Pelita, Miri, Sarawak, malam tadi. Gambar kanan: Polis merampas pelbagai jenis bahan bukti dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pelita, Miri, Sarawak, malam tadi.
Polis merampas bahan bukti di sebuah rumah di Taman Pelita, Miri, Sarawak, malam tadi. Gambar kanan: Polis merampas pelbagai jenis bahan bukti dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pelita, Miri, Sarawak, malam tadi.
A
A
A

MIRI - Sepasang suami isteri dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah diberkas di rumahnya di Taman Pelita, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintendan Sahar Abd Latif berkata, serbuan kira-kira jam 10.15 malam itu dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Serbuan itu dilakukan hasil maklumat dan risikan sehingga berjaya menahan dua suspek berusia 38 dan 32 tahun.

"Pemeriksaan di beg tangan suspek wanita menjumpai lapan paket plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu dengan berat kasar 8.04 gram.

"Susulan itu, pemeriksaan lanjut di dalam bilik tidur rumah berkenaan menjumpai satu beg plastik mengandungi 30 paket plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu dengan berat dianggarkan 35.29 gram," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, turut ditemui adalah 22 biji pil pelbagai warna disyaki ekstasi, satu paket plastik berisi serbuk hijau disyaki serbuk ekstasi dan dua rokok campuran disyaki dedaun ganja dan tembakau seberat 1.38 gram.

Katanya, dianggarkan nilai rampasan dadah ini berjumlah RM7,690.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang positif dadah ini terlibat dalam kegiatan pengedaran sejak Mac tahun lalu di kawasan sekitar serta pusat hiburan.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1592, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 6 akta yang sama," katanya.