305 penduduk Palestin maut dalam 410 hari

Penduduk Gaza mengusung jenazah yang terbunuh di pagar sempadan akibat ditembak tentera Israel.
Penduduk Gaza mengusung jenazah yang terbunuh di pagar sempadan akibat ditembak tentera Israel.
A
A
A

GAZA CITY - Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata, seramai 305 penduduk Palestin maut sejak tercetusnya bantahan besar-besaran 'Great March of Return' di sepanjang pagar sempadan pada 30 Mac tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, seramai 59 kanak-kanak, 10 wanita dan seorang warga emas terbunuh akibat terkena tembakan peluru hidup dilepaskan tentera Israel, manakala 17,335 lagi mengalami kecederaan.

Kementerian turut mengesahkan tiga paramedik Palestin terkorban ketika bertugas di sepanjang pagar sempadan Gaza-Israel.

Protes 'Great March of Return' bertujuan menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman dan tanah yang dirampas oleh rejim Zionis pada 1948.

Ia juga bertujuan meningkatkan tekanan kepada Israel supaya melonggarkan sekatan dan kepungan yang dikenakan ke atas Gaza sejak 12 tahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: