Tiket bas balik raya habis dijual

Laili (kanan) menyampaikan zakat kepada salah seorang pelajar tahfiz yang diraikan malam tadi.
Laili (kanan) menyampaikan zakat kepada salah seorang pelajar tahfiz yang diraikan malam tadi.
A
A
A

KOTA BHARU- Lebih 22 ribu tiket sempena Aidilfitri bernilai RM1 juta habis dijual.

Pengarah Urusan Ekspres Perdana, Laili Ismail berkata, kebanyakannya adalah untuk tiga hari sebelum dan tiga hari selepas hari raya.

Menurutnya, laluan yang paling mendapat sambutan adalah dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

“Orang ramai termasuk penumpang setia kami sudah membeli tiket lebih awal lagi untuk cuti hari raya,” katanya kepada media malam tadi.

Terdahulu beliau meraikan lebih 500 tetamu termasuk rakan niaga, anak yatim, tahfiz dan asnaf sempena Iftar Ekpres Perdana 2019 di pejabatnya di sini.

Artikel Berkaitan:


Dalam perkembangan sama, beliau berkata, berikutan sambutan yang amat menggalakkan terhadap perkhidmatan disediakan pihaknya turut menambah enam bas lagi sempena perayaan.

“Kita membelanjakan RM6 juta untuk menggantikan bas yang sudah berusia lebih lima tahun dan kita akan gunakan untuk mengangkut penumpang musim Raya ini,” katanya.