Abu Sufyan cerai Ain 'Afini talak 2

Abu Sufyan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang bagi prosiding kes cerai beliau dengan Ain 'Afini baru-baru ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Abu Sufyan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang bagi prosiding kes cerai beliau dengan Ain 'Afini baru-baru ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KLANG - [DIKEMASKINI] Ikatan pernikahan pendakwah muda program realiti, Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi dan isterinya, Ain 'Afini Latif terlerai jua apabila Mahkamah Rendah Syariah Klang mensabitkan lafaz yang dibuat lelaki itu sekitar penghujung Mac lalu adalah sah.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim semalam.

Dalam penghakimannya, mahkamah sabitkan lafaz talaq oleh Abu Sufyan,23, pada hujung Mac 2019 yang berbunyi: Saya dan dia, isteri saya sudah bercerai adalah sah dengan jumlah dua talak.

Mahkamah turut memerintahkan Ain 'Afini,21, beriddah sehingga melahirkan kandungannya.

Terdahulu di hadapan Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tahar, mahkamah memutuskan lafaz cerai yang dibuat lelaki itu menerusi aplikasi WhatsApp pada 13 Mac lalu adalah tidak sah.

Ia berikutan selepas mahkamah menerima sumpah Abu Sufyan yang tidak pernah berniat untuk menceraikan isteri melainkan atas permintaan Ain 'Afini.

ARTIKEL BERKAITAN: Talak PU Abu Sufyan tidak sah

Abu Sufyan bernikah dengan Ain 'Afini pada 31 Ogos 2018 dan dijangka menyambut kelahirannya pertama pada 10 Julai depan.

Artikel Berkaitan:

Talak kali ini adalah talak kedua berikutan penceraian kali pertama telah berlaku diantara mereka pada 28 Januari lalu.

Bagaimanapun pasangan itu rujuk semula pada 23 Februari.

Sebelum ini, Ain 'Afini menerusi laman sosialnya mendedahkan dia telah diceraikan Abu Sufyan selepas lelaki itu memilih untuk bernikah dengan seorang janda bernama Hana Azraa.

Pada 22 April lalu, Abu Sufyan menerusi ruangan komen akaun Instagramnya mengakui kesilapannya menceraikan isteri yang sedang hamil.