Ragbi Dunia: Argentina hilang pemain berpengaruh

Matera (kiri) mengalami kecederaan ketika aksi Argentina menentang Jepun di Nantes Ahad lalu. - Foto EPA
Matera (kiri) mengalami kecederaan ketika aksi Argentina menentang Jepun di Nantes Ahad lalu. - Foto EPA
A
A
A

FLANKER Argentina, Pablo Matera bakal terlepas aksi menentang Wales dalam saingan suku akhir Piala Dunia Ragbi di Paris hujung minggu ini akibat kecederaan.

Matera mengalami kecederaan hamstring ketika skuad Pumas melakar kemenangan 39-27 ke atas Jepun dalam aksi Kumpulan D Ahad lalu.

“Pablo Matera mengalami koyakan pada hamstring kanannya,” ujar pasukan itu menerusi laman sosial pada Selasa.

Kecederaan bekas pemain Stade Francais itu yang ketika ini mengikat kontrak dengan Honda Heat Jepun adalah satu tamparan buat Argentina.

Ini kerana pemain berusia 30 tahun itu mempunyai pengaruh yang besar buat pasukan ketika di bilik persalinan.

Artikel Berkaitan: