Polis buru lelaki curi lima tabung derma di restoran Ulu Tiram

Tangkap layar video tular di media sosial suspek mencuri tabung derma di sebuah restoran di Ulu Tiram.
Tangkap layar video tular di media sosial suspek mencuri tabung derma di sebuah restoran di Ulu Tiram.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis sedang memburu suspek lelaki yang disyaki mencuri lima tabung berisi wang derma di sebuah restoran di Ulu Tiram di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu itu turut tular di media sosial.

"Laporan berhubung kejadian kecurian itu telah dibuat oleh seorang warga tempatan berusia 57 tahun. Kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.10 pagi.

"Suspek mencuri lima tabung berisi wang derma dianggarkan sebanyak RM300," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, suspek kini giat dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Hapizee Zulkarnain Md Puzi di talian 012- 7532276 atau 07-3864222," ujarnya.

Artikel Berkaitan: