Masjid seliaan Jakim anjur solat hajat untuk Palestin malam ini

Masjid Negara antara masjid yang akan mengadakan solat sunat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin pada malam Isnin.
Masjid Negara antara masjid yang akan mengadakan solat sunat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin pada malam Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Masjid seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan mengadakan solat sunat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin, selepas solat isyak malam Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta untuk melakukan solat hajat pada tarikh dan waktu yang sama.

"Saya menyeru supaya seluruh umat Islam menunaikan solat sunat hajat dan membaca doa Qunut Nazilah serta bermunajat untuk saudara-saudara Islam di bumi Gaza, Palestin," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Na'im turut menyeru majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri untuk bersama-sama menyahut saranan berkenaan dengan mengadakan solat hajat di masjid dan surau di negeri masing-masing. - Bernama

Artikel Berkaitan: