Mufti Pulau Pinang saran solat hajat, doa untuk kemenangan Palestin

Wan Salim
Wan Salim
A
A
A

GEORGE TOWN - Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyarankan umat Islam di seluruh negara mengadakan solat hajat untuk memohon bantuan Allah SWT dan mendoakan kemenangan bagi saudara-saudara Islam di bumi Palestin.

Beliau berkata, umat Islam Palestin kini dalam perjuangan menentang kekejaman Israel dan berusaha untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman penjajah Zionis.

"Umat Islam di Malaysia mesti selalu diperingatkan bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam seluruh dunia walaupun media barat cuba memesongkan hakikat ini di mata umat Islam supaya menganggap bahawa ia adalah isu bangsa Arab semata-mata,'' katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Katanya, Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) perlu digesa untuk memainkan peranan memberi tekanan ke atas Israel supaya menghentikan tindakan ganas dan kejam terhadap rakyat Palestin. - Bernama

Artikel Berkaitan: