Syarikat penerbangan gantung jadual ke Israel

Penumpang melihat jadual penerbangan di Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv selepas beberapa syarikat utama membatalkan perkhidmatan mereka buat sementara waktu. - Foto AFP
Penumpang melihat jadual penerbangan di Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv selepas beberapa syarikat utama membatalkan perkhidmatan mereka buat sementara waktu. - Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Beberapa syarikat penerbangan utama telah membatalkan puluhan jadualnya ke Tel Aviv pada hujung minggu ini susulan serangan mengejut Hamas pada awal pagi Sabtu.

Di papan ketibaan Lapangan Terbang Ben Gurion telah menyaksikan syarikat seperti American Airlines, Air France, Lufthansa, Emirates, Ryanair dan Aegean Airlines telah membatalkan jadual penerbangan mereka.

"Memandangkan situasi keselamatan semasa di Tel Aviv, Lufthansa membatalkan semua penerbangan ke Tel Aviv sehingga Isnin," kata jurucakap syarikat penerbangan Jerman itu memberitahu AFP.

Tambahnya, syarikat penerbangan sedang memantau rapat keadaan keselamatan di Israel.

Syarikat Brussels Airline, anak syarikat kumpulan Lufthasa turut menghentikan penerbangan ke Tel Aviv sehingga diberitahu kelak,

Langkah sama dilakukan Air France yang menyatakan penyambungan semula penerbangan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

"Langkah komersial telah disediakan yang membolehkan pelanggan menangguhkan atau membatalkan perjalanan mereka secara percuma" kata jurucakap Air France.

Beberapa syarikat lain mengambil langkah sama termasuk KLM (Perancis), Iberia (Sepanyol) dan LOT (Poland). - Agensi

Artikel Berkaitan: