Sambut baik langkah Kedah warta Hutan Simpan Ulu Muda

Charles Santiago
Charles Santiago
A
A
A

CYBERJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyambut baik langkah Kerajaan Kedah mewartakan Hutan Simpan Ulu Muda sebagai Taman Negeri.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Charles Santiago berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir atas pewartaan tersebut.

"Sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air, SPAN menyokong sepenuhnya ke atas tindakan Kerajaan Kedah untuk mewartakan Hutan Simpan Ulu Muda bagi memastikan kawasan tersebut kekal terpelihara.

"Terutamanya sebagai sumber bekalan yang bebas daripada ancaman pencemaran dan menjamin bekalan air yang berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, SPAN juga berharap agar langkah yang diambil Kerajaan Kedah ini menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

"Negeri lain diharap turut mengikut langkah Kerajaan Kedah untuk mewartakan kawasan-kawasan hutan tadahan bagi menjamin kelestarian sumber air untuk kesejahteraan rakyat sejagat.

"Masa sama SPAN berharap Kerajaan Persekutuan juga dapat memainkan peranan dalam menggalakkan lebih banyak negeri mewartakan kawasan-kawasan hutan tadahan sebagai Taman Negeri atau Negara dan kawasan-kawasan yang telah diwartakan sebagai hutan terpelihara sebelum ini dapat dikekalkan status pewartaannya," katanya.

Artikel Berkaitan: