Putera Mateen berkahwin Januari 2024

Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam awal tahun depan. Foto Instagram/RTB Brunei
Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam awal tahun depan. Foto Instagram/RTB Brunei
A
A
A

BANDAR SERI BEGAWAN - [DIKEMAS KINI] Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam awal tahun depan, lapor portal berita RTB Brunei.

Putera Mateen, 32, adalah anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Sering mengambil bahagian dalam acara polo ekuestrian, Pengiran Muda Abdul Mateen pernah memenangi dua pingat gangsa untuk Brunei di Kejohanan Sukan SEA.

Pengantin perempuan pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.

Majlis akad nikah pasangan ini dijadual berlangsung pada 11 Januari. - Awani

Artikel Berkaitan: