Lelaki Bangladesh cabul pelajar sudah dituduh di mahkamah

Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial memaparkan lelaki warga Bangladesh disyaki mencabul pelajar perempuan di sebuah pasar raya di Sungai Buloh, September lalu.
Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial memaparkan lelaki warga Bangladesh disyaki mencabul pelajar perempuan di sebuah pasar raya di Sungai Buloh, September lalu.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang lelaki warga Bangladesh telah dituduh di mahkamah pada 27 September lalu selepas disyaki mencabul pelajar perempuan di sebuah pasar raya di sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa'aton Abu Bakar berkata, bagaimanapun perlakuan suspek itu dikesan telah tular menerusi satu rakaman video pada Sabtu.

Menurutnya, semakan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh mendapati terdapat laporan polis pada jam 6 petang, 18 September lalu yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa.

"Susulan itu, pada hari yang sama suspek berusia 31 tahun itu telah ditahan polis dan disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, suspek telah dituduh di Mahkamah Klang, Selangor pada 27 September.

Video yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis terbabit menunjukkan suspek pada awalnya dilihat mengekori mangsa yang sedang memilih barangan di bahagian rak makanan.

Kemudian suspek terus meluru dan meraba pelajar perempuan tersebut sebelum berpura-pura mengambil makanan di rak.

Pelajar terbabit yang terkejut dengan kelakuan suspek, terus berlari dan memanggil seorang wanita dipercayai ibunya.

Artikel Berkaitan: