Tiga daerah di Johor kekal catat IPU tidak sihat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tiga daerah di Johor menunjukkan peningkatan tahap tidak sihat setakat jam 12 tengah hari pada Sabtu.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar, daerah Larkin merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 157 diikuti daerah Pasir Gudang iaitu 153 dan di Batu Pahat pula mencatatkan peningkatan kepada 135 daripada 122.

Selain itu, dua daerah di negeri itu Pengerang dan Kota Tinggi menunjukkan peningkatan tahap sederhana menghampiri bacaan tidak sihat masing-masing mencatat bacaan 95 dan 100.

Seterusnya, di daerah Nilai, Negeri Sembilan juga mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana iaitu 99 manakala di Bukit Rambai, Melaka merekodkan bacaan sebanyak 91.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas di bawah kategori berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Artikel Berkaitan: