Aaron-Wooi Yik tambah kilauan gangsa buat kontinjen negara

Aaron - Wooi Yik terpaksa akur kecemerlangan penguasaan gelanggang gandingan sensasi, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.
Aaron - Wooi Yik terpaksa akur kecemerlangan penguasaan gelanggang gandingan sensasi, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.
A
A
A

HASRAT beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk melangkah ke perlawanan akhir acara badminton Sukan Asia Hangzhou 2022 tidak kesampaian di Gimnasium Binjiang, Hangzhou pada Jumaat.

Dalam perlawanan separuh akhir, beregu nombor lima dunia itu terpaksa akur kecemerlangan penguasaan gelanggang gandingan sensasi, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.

Set pertama Aaron-Wooi Yik yang menyingkirkan cabaran gandingan dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-18, 19-21, 21-18 di suku akhir, tewas dalam aksi berintensiti tinggi 17-21.

Set kedua, Aaron-Wooi Yik berusaha kembali semula perlawanan apabila menampilkan permainan lebih agresif dalam usaha mengheret perlawanan ke set penentuan.

Namun Satwik-Chirag yang berstatus nombor nombor tiga dunia tampil lebih tenang manfaatkan beberapa kesilapan Aaron-Wooi Yik untuk menang 21-12, sekali gus mara ke pentas final.

Keputusan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik meraih pingat gangsa yang merupakan satu-satu medal dari kem badminton negara di Hangzhou 2022 kali ini.

Sebagai rekod, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong merupakan beregu terakhir negara yang merangkul medal di temasya sukan terbesar Asia semasa edisi Incheon 2014.

Artikel Berkaitan: