4 dikhuatiri maut, pesawat ringan terhempas di Australia

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SYDNEY - Polis di negeri New South Wales (NSW) Australia mengesahkan empat orang termasuk kanak-kanak dipercayai maut selepas sebuah pesawat terhempas berhampiran Canberra pada petang Jumaat, lapor Xinhua.

Menurut kemas kini terkini Polis NSW, pesawat Cirrus SR22 itu berlepas dari Lapangan Terbang Canberra pada kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan dan dalam perjalanan ke Armidale bersama empat orang - seorang lelaki dan tiga kanak-kanak - yang dipercayai berada di dalam kapal terbang pada masa itu.

"Mangsa masih belum dikenal pasti secara rasmi. Satu laporan akan disediakan untuk makluman Koroner," kata polis.

Pada kira-kira jam 3 petang waktu tempatan, perkhidmatan kecemasan bertindak balas kepada sebuah hartanah di Hadlow Drive di Gundaroo, sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 35 km di utara ibu negara Australia Canberra, di mana pesawat ringan itu terhempas dan terbakar.

Pihak berkuasa bomba tempatan berjaya memadamkan kebakaran, tetapi pesawat itu musnah.

"Apabila polis tiba dengan Perkhidmatan Bomba Luar Bandar (RFS), berlaku kebakaran rumput kecil dan jelas terdapat kemalangan pesawat ringan cukup teruk," kata Superintendan Pasukan Polis NSW Cath Bradbury kepada media selepas kemalangan itu.

"RFS memadamkan kebakaran pesawat - malangnya, tiada mangsa yang terselamat," kata Bradbury.

Polis sedang bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) untuk menyiasat keadaan sekitar nahas itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: