Waspada fenomena El Nino, musim hujan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa cakna berkenaan fenomena El Nino dan Monsun Timur Laut, yang dijangka berlaku serentak pada November ini.

Ketua Penolong Pengarah Pusat Iklim Nasional MetMalaysia Amirul Nizam Marodzi berkata kemuncak El Nino juga, dijangka berlaku semasa permulaan musim hujan yang dijangka pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

"El Nino dijangka mencapai puncaknya pada hujung tahun atau pun awal tahun hadapan, di mana pada waktu tersebut negara berada dalam Monsun Timur Laut bermula November hingga Mac, yang membawa lebih banyak hujan lebat di negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak,” katanya semasa hadir dalam rancangan Eksklusif terbitan Nasional FM pada Khamis.

Justeru itu, Amirul Nizam juga mengingatkan orang ramai, untuk lebih peka dengan semua maklumat berkaitan cuaca daripada agensi-agensi berkaitan, terutama MetMalaysia.