PRK Pelangai: SPR digesa siasat jentera, aset kerajaan dakwa disalah guna

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

BENTONG - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa untuk memantau penggunaan jentera dan aset-aset kerajaan yang disalahgunakan parti politik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan pemantauan bagi pemberian insentif sama ada oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan Persekutuan kepada rakyat sepanjang kempen berlangsung juga perlu diawasi.

"Selain penggunaan jentera kerajaan serta kehadiran pegawai-pegawai agensi kerajaan negeri, perlu juga pemantauan bagi pemberian insentif ibarat 'durian runtuh' kepada rakyat yang akan membuang undi nanti," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri Cheka itu berkata, tatakelola sedemikian jelas bertentangan dengan semangat perjuangan reformasi selama 25 tahun dulu yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"SPR kena awasi semua perkara ini kerana ia berlaku secara berleluasa dan ini jelas bercanggah dengan peraturan yang ada.

"Diharap pihak pemantau juga membuat laporan segera dan SPR mengambil tindakan yang sesuai," katanya.

Artikel Berkaitan: