Remaja maut motosikal terbabas masuk parit

Remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas masuk ke dalam parit di Kampung Sawah Baru, Labis pada Rabu.
Remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas masuk ke dalam parit di Kampung Sawah Baru, Labis pada Rabu.
A
A
A

SEGAMAT - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk ke dalam parit di Kampung Sawah Baru, Labis di sini pada petang Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Pegawai Bomba Kanan II Hairisyah Wahid berkata, seramai lapan anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.06 petang.

"Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 terbabas ke dalam parit di tepi jalan.

"Mangsa, Muhamad Haziq Fauzan Rosaidil yang berusia 15 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada malam Rabu.

Artikel Berkaitan: