MATTA Fair beri 58 hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung

Pengurus Wilayah Tengah dan Pantai Timur Malaysia MAG, Nur Shaffik Haris (berdiri, lima dari kiri) dan Nigel Wong (berdiri, tujuh dari kiri) bersama penaja dan pemenang pada Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Pembeli MATTA Fair September 2023. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 58 hadiah cabutan bertuah berjumlah RM200,000 diberikan sebagai ganjaran kepada pembeli pakej pelancongan di MATTA Fair pada September lalu.

Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong berkata, antara hadiah yang diberikan ialah tiket penerbangan, penginapan dan taman tema.

“Semasa MATTA Fair lalu, pengunjung perlu membeli pakej pelancongan dengan pembelian minimum RM100, jadi mereka berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah pada hari ini.

“Tahun ini kita dapat banyak tajaan daripada syarikat pelancongan, jadi hadiahnya lebih menarik dan lumayan,” katanya pada Majlis 'Buyer's Contest Prizes', di sini pada Rabu.

Pengurus Wilayah Tengah dan Pantai Timur Malaysia MAG, Nur Shaffik Haris (dua dari kiri) menyampaikan hadiah utama kepada Chia Meng Chau Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Pengurus Wilayah Tengah dan Pantai Timur Malaysia MAG, Nur Shaffik Haris (dua dari kiri) menyampaikan hadiah utama kepada Chia Meng Chau Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Menurutnya, antara tajaan syarikat penerbangan yang diterima ialah daripada Firefly, Royal Brunei, Malaysia Airlines, Turkish Airlines dan Philippine Airlines.

“Syarikat penginapan pula ialah Lexis Hibiscus Port Dickson, Sunway Hotel Velocity, Hotel Corus dan Hotel Promenade manakala syarikat taman tema, Bayou Lagoon Park Resort, Melaka,” ujarnya

Sementara itu, akauntan syarikat swasta, Chia Meng Chau merupakan pemenang utama cabutan bertuah dengan membawa pulang tiket penerbangan ke London ditaja oleh Malaysia Airlines bernilai RM12,000.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, meskipun berbelanja RM34,000 di MATTA Fair namun berbaloi kerana dapat memenangi hadiah utama.

“Saya tidak jangka memenangi hadiah utama ini, tetapi apa pun bersyukur serta berterima kasih kepada MATTA Fair.

“Saya dijadualkan belayar ke Mesir, Arab Saudi dan Jordan Disember ini, namun belum pergi sudah menerima hadiah baru,” ulasnya.