Wan Junaidi adakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Ghana

Wan Junaidi (depan, enam dari kanan) mengadakan pertemuan dengan 35 diaspora Malaysia di Accra, Ghana dalam satu majlis makan malam, Selasa.
Wan Junaidi (depan, enam dari kanan) mengadakan pertemuan dengan 35 diaspora Malaysia di Accra, Ghana dalam satu majlis makan malam, Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan pertemuan dengan 35 diaspora Malaysia di Accra, Ghana dalam satu majlis makan malam, Selasa.

Majlis itu turut disertai Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Accra, Ron Dlyan Anak Jeffry, dan delegasi Malaysia ke Ghana termasuk Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Turut serta dalam delegasi itu ialah beberapa Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat, 15 Ahli Dewan Undangan Negeri dari Perak, Sabah dan Melaka serta pegawai-pegawai Parlimen.

"Malam tadi saya bertemu dan beramah mesra bersama diaspora Malaysia di Ghana seramai 35 orang, termasuk enam kanak-kanak dalam jamuan makan malam. Kami turut bersama menyambut Hari Malaysia bersama mereka dengan kek bertema Jalur Gemilang, bendera kebanggaan rakyat Malaysia.

"Acara malam tadi amat bermakna, suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi kami semua, walaupun jauh di perantauan semangat patriotik kepada Malaysia bumi bertuah tidak pernah pudar,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sementara itu, Aaron dalam hantaran Facebook pula menyatakan rasa bangga melihat panji negara berkibar gemilang di luar negara, dan berharap semangat kemerdekaan terus tersemai dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: