Mayat lelaki alami masalah mental ditemui tepi longkang

Anggota polis memeriksa mayat yang ditemui di tepi longkang, laluan menghala susur keluar MRR2 pada Selasa.
Anggota polis memeriksa mayat yang ditemui di tepi longkang, laluan menghala susur keluar MRR2 pada Selasa.
A
A
A

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Mayat seorang lelaki ditemui di tepi longkang menghala susur keluar Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima aduan mengenai penemuan tersebut pada jam 4.31 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati si mati merupakan lelaki warga tempatan berusia 63 tahun dan mempunyai masalah mental.

"Proses pengecaman mayat telah dilakukan oleh anak kandung mangsa di lokasi kejadian.

"Anak si mati juga telah mengesahkan ayahnya mempunyai masalah mental.

"Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh badan si mati mendapati tiada sebarang kesan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kata beliau, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, kes kematian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Heirme Che Mat di talian 014-2389151 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222.