Lelong tanah, bukan milik PMBK

Isnin lalu, pihak Malayan Banking Berhad (Maybank) selaku plaintif, manakala PMBK sebagai defendan, mengeluarkan iklan notis pengisytiharan jualan lelongan aset PMBK melalui akhbar tempatan membabitkan 11 lot tanah di BBT.
Isnin lalu, pihak Malayan Banking Berhad (Maybank) selaku plaintif, manakala PMBK sebagai defendan, mengeluarkan iklan notis pengisytiharan jualan lelongan aset PMBK melalui akhbar tempatan membabitkan 11 lot tanah di BBT.
A
A
A

KOTA BHARU - Tanah seluas 14 hektar membabitkan 11 lot di Bandar Baru Tunjong (BBT) yang dilelong oleh pihak bank, bukan milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

PMBK dalam satu kenyataan berkata, meskipun tanah terbabit didaftarkan atas nama PMBK, namun ia tidak menjadi milik perbadanan tersebut kerana diserahkan kepada syarikat yang dilantik sebagai hak 'de facto'.

Katanya, ia berdasarkan Perjanjian Pembangunan Bersama dengan dua syarikat pada 29 jun 2011 lalu.

Ia katanya, mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 yang menyentuh hal pengambilan tanah sebelum ini, PMBK dinamakan sebagai pemilik berdaftar.

“Syarikat lain kemudian dilantik sebagai pemaju utama yang menyelaras keseluruhan pembangunan BBT, manakala satu lagi syarikat dilantik sebagai pihak yang melaksana dan menanggung segala kos termasuk pembangunan serta pengambilan tanah yang bernilai RM19.4 juta pada waktu itu.

"PMBK dan dua syarikat itu bersetuju, tanah berkenaan tidak dipindah milik kepada syarikat itu, sebaliknya akan dipindah terus kepada pembeli,” katanya kepada pemberita hari ini.

Anak syarikat kerajaan negeri yang bertindak sebagai pemilik berdaftar membenarkan syarikat itu mendapatkan kemudahan pembiayaan ‘gadaian pihak ketiga tanpa tanggungan’ daripada bank, dengan mengambil kira bayaran pengambilan bernilai RM19.4 juta.

Isnin lalu, pihak Malayan Banking Berhad (Maybank) selaku plaintif, manakala PMBK sebagai defendan, mengeluarkan iklan notis pengisytiharan jualan lelongan aset PMBK melalui akhbar tempatan membabitkan 11 lot tanah di Bandar Baru Tunjong.

Artikel Berkaitan:

Mengikut notis itu, lelongan awam merangkumi kira-kira 12.6 hektar tanah, akan dibuat pada 27 Mei, di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu, akan dijual dengan harga rizab bermula RM66.7 juta.

Ia membabitkan lapan tanah komersial dan masing-masing satu tanah kediaman, pencawang elektrik serta tapak tangki air.