Selangor mula ceria dalam gundah

CHENG HOE. - FOTO SELANGOR FC
CHENG HOE. - FOTO SELANGOR FC
A
A
A

DI sebalik kejayaan Selangor FC memperkukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super hasil kemenangan 4-0 ke atas Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak baru-baru ini.

Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe juga mengakui bimbang tempoh rehat panjang berikutan kalendar perlawanan ditetapkan akan menjejaskan momentum Red Giants mengintai slot ke Piala AFC musim depan.

“Ya, saya akui tempoh dua bulan rehat sebelum bertemu Perak selepas ini agak merisaukan dan boleh menjejaskan momentum pasukan.

“Pasukan perlu berusaha mengekalkan prestasi pasukan dalam latihan. Dan kami perlu fokus umpama pra musim selain pemain perlu kekal cergas dan berada dalam kedudukan yang selesa selepas ini,” katanya yang mengakui lega kemenangan ke-17 tersebut mengukuhkan kedudukan Selangor di kedudukan kedua liga.

Sebagai rekod, kemenangan itu menyaksikan Selangor mengukuhkan kedudukan di kedudukan kedua Liga Super dengan mengumpul 52 mata selepas mengharungi 23 perlawanan.

Dalam pada itu, Cheng Hoe gembira dengan semangat yang ditunjukkan para pemainnya mengakui jaringan awal merupakan faktor penentu hala tuju pasukan tersebut ketika berdepan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner berkenaan.

“Secara keseluruhan Selangor telah bangkit dengan satu jaringan awal yang memberikan kami keyakinan dan motivasi dalam perlawanan ini.

“Ya, kita tahu bukan mudah bertemu Terengganu terutama di Stadium Sultan Zainal Abidin, dan ini adalah kali ketiga kami bertemu mereka dalam dua minggu.

Artikel Berkaitan:

“Malah, Terengganu juga dalam prestasi terbaik apabila tidak tewas dalam 12 perlawanan terakhir,” katanya.