10 kawasan rekod bacaan kualiti udara tidak sihat

Sebanyak empat kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat, setakat jam 10 pagi pada Ahad. - Infografik laman web APIMS
Sebanyak empat kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat, setakat jam 10 pagi pada Ahad. - Infografik laman web APIMS
A
A
A

SHAH ALAM - Indeks pencemaran udara (IPU) kategori tidak sihat melebihi 101 di Semenanjung direkodkan meningkat kepada 10 kawasan sehingga jam 5 petang pada Ahad.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Larkin di Johor masih mencatatkan bacaan IPU paling tinggi setakat ini iaitu 155.

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Nilai di Negeri Sembilan dan Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan masing-masing pada tahap 153, manakala Port Dickson di Negeri Sembilan merekodkan bacaan pada tahap 152.

Bacaan IPU kategori tidak sihat juga dilaporkan di Cheras, Kuala Lumpur pada tahap 151, Batu Pahat di Johor (140), Seberang Jaya di Pulau Pinang (126), Banting di Selangor dan Bandaraya Melaka (129) serta bacaan 109 di Segamat, Johor.

Sementara itu, berdasarkan peta taburan IPU di laman sesawang APIMS, sebanyak 51 stesen APIMS di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala 13 stesen lagi mencatatkan bacaan baik.

Sebagai rekod, bacaan IPU sehingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS bagi bacaan IPU terkini.

Artikel Berkaitan: