Hajiji yakin GRS pertahan 4 DUN di bawah Parlimen Tuaran

Hajiji merasmikan Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman 2023 di Dewan Sri Sulaman Tuaran pada Ahad.
Hajiji merasmikan Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman 2023 di Dewan Sri Sulaman Tuaran pada Ahad.
A
A
A
TUARAN - Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor yakin kemampuan partinya bersama rakan komponen di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mempertahankan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu berkata, tiga lagi kerusi DUN iaitu Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu diyakini kekal milik GRS atas kerjasama semua komponennya.

"Di Tuaran saya beri jaminan Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu tetap milik GRS pada PRN akan datang.

"Kita sedia menghadapi apa juga cabaran dan bertarung dengan mana-mana parti yang menentang kita di Tuaran," katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman 2023 di Dewan Sri Sulaman, di sini pada Ahad.



Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi GRS mengingatkan jangan ada cubaan untuk sabotaj sesama dalam parti.

"Apa yang penting ialah kerjasama parti antara kita, jangan ada sabotaj antara kita. Kalau GRS sudah tentukan calon maka tugas kita Gagasan Rakyat untuk menangkan calon kita," katanya.
Artikel Berkaitan:


Sehubungan itu, Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah menasihatkan perwakilan pada mesyuarat berkenaan dan rakan parti di keempat-empat DUN supaya bersama-sama memastikan kemenangan berpihak kepada GRS.