Pekerja farmasi dipukul kerana ada teman lelaki baharu

Seorang lelaki bertindak memukul kekasihnya di hadapan sebuah kedai farmasi di sini, pada Khamis lalu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Azam)
Seorang lelaki bertindak memukul kekasihnya di hadapan sebuah kedai farmasi di sini, pada Khamis lalu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Azam)
A
A
A

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki bertindak memukul kekasihnya di hadapan sebuah kedai farmasi di sini, pada Khamis lalu, gara-gara tidak puas hati kerana wanita itu mempunyai teman lelaki baharu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 9.50 malam itu, wanita yang juga pekerja farmasi berkenaan telah didatangi suspek yang meminta mangsa mengikutnya untuk dihantar pulang ke rumah.

"Mangsa berusia 21 tahun itu cuba melarikan diri dan suspek telah mengejarnya lalu memukul wanita tersebut.

"Suspek turut merampas telefon bimbit milik mangsa. Akibat kejadian itu, wanita tersebut sakit di mulut dan kaki serta telah mendapat rawatan di Hospital Ampang," katanya.

Mohd Azam berkata, pihaknya telah memberkas seorang lelaki yang bekerja sebagai kelindan lori berusia 26 tahun di Taman Cempaka, di sini, pada jam 9.45 malam, Sabtu.

"Kita turut merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa... punca kejadian, suspek tidak berpuas hati apabila wanita itu mempunyai teman lelaki yang baharu," katanya.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphethamine.

Artikel Berkaitan:

"Suspek telah direman selama lima hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.