Pas, UMNO tiada masalah isytihar harta

Nasrudin Hassan, Ahmad Zahid Hamidi
Nasrudin Hassan, Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas tiada masalah untuk mengisytiharkan harta seperti arahan dikeluarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pemimpin pembangkang.

Malah, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan memberi keyakinan pimpinan dan ahli Pas terbuka untuk mengisytiharkan harta dan aset mereka.

“Pas tiada masalah untuk isytiharkan harta dan aset seperti arahan yang dikeluarkan Perdana Menteri.

“Isu yang penting ialah integriti, adakah harta yang diperoleh itu dengan cara yang halal atau melalui penyelewengan. Jika ia diperolehi dengan cara salah, ia tetap salah,” katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin pembangkang juga kena isytihar harta: Dr Mahathir

Menurut Nasrudin, pengisyiharan harta ini bukanlah wajib seperti penjawat awam, sebaliknya terbuka untuk sesiapa yang ingin isytihar.

“Isytihar harta ini terbuka, bukan suatu yang mewajibkan. Lagipun pemimpin Pas bukannya kaya pun,” katanya.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk membuat peraturan supaya pemimpin pembangkang mengisytiharkan harta mereka.

Artikel Berkaitan:

“Suka hati dialah. Dia pemerintah,” katanya ringkas kepada Sinar Harian, semalam.