Sisa plastik ditemukan di Jurang Mariana

Mereka juga akan melakukan ujian ke atas beberapa spesimen hidupan dasar laut untuk menentukan sama ada ia mengandungi mikroplastik atau tidak.
Mereka juga akan melakukan ujian ke atas beberapa spesimen hidupan dasar laut untuk menentukan sama ada ia mengandungi mikroplastik atau tidak.
A
A
A

NEW YORK - Seorang penyelam Amerika Syarikat (AS) memecahkan rekod untuk menyelam pada dasar laut paling dalam dan turut menemui sisa plastik termasuk pembalut gula-gula di Jurang Mariana sedalam 11,035 meter yang terletak di Lautan Pasifik.

Pelabur ekuiti swasta, Victor Vescovo memberitahu pasukannya juga menemukan spesies marin baharu ketika menyelam untuk siri Deep Planet yang akan disiarkan menerusi Discovery Channel tidak lama lagi.

Jelasnya, saintis merancang untuk melakukan ujian ke atas beberapa spesimen hidupan dasar laut yang dijumpai mereka bagi menentukan sama ia mengandungi mikroplastik atau tidak.

“Pencemaran sisa plastik telah mencapai ke dasar laut paling dalam. Ia sememangnya membimbangkan,” menurutnya.

Pada 1960, penyelam pertama yang berjaya meneroka ke dasar Jurang Mariana adalah Leftenan Tentera Laut AS, Don Walsh dan jurutera warga Switzerland, Jacques Piccard. - Agensi

Artikel Berkaitan: