Hanya modal RM10,000, pulangan lumayan labur projek musang king

Anthony
Anthony
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PREMIUMLOGY Group membuka peluang kepada orang ramai untuk melabur melalui produk durian musang king dengan hanya bermodalkan RM10,000.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anthony Foo berkata, pulangan dividen dan keuntungan dijangka melebihi RM36,000 dalam tempoh 15 tahun.

"Ini kerana harga durian di pasaran China sekarang meningkat kepada RM53 sekilogram berbanding RM30 sebelum ini.

"Ditambah dengan pemberian dividen sebanyak 6 hingga 12.5 peratus, fix dividen," katanya pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun ke-12 Premiumlogy Group, di sini pada Sabtu.

Tambah Anthony, pelabur tidak perlu bimbang mengenai urusan tanah atau penanaman pokok kerana syarikat mereka berasaskan pengumpulan dana ekuiti (ECF) di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, akan menguruskan segala proses berkenaan.

Anthony (kanan) bersama rakan kongsi, Lam Meng Choo di Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun ke-12 Premiumlogy Group pada Sabtu.
Anthony (kanan) bersama rakan kongsi, Lam Meng Choo di Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun ke-12 Premiumlogy Group pada Sabtu.

"Mereka akan diberikan kontrak selama 15 tahun, apabila tamat tempoh berkenaan, pelabur boleh membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pelaburan atau menjual semula kepada syarikat ini.

"Kami akan membeli dengan harga asal," ujarnya.

Menurut beliau, selain produk durian musang king, sarang burung walit turut dieksport ke China kerana mendapatkan permintaan tinggi.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, pihaknya kini memperolehi kontrak selama setahun bagi membekalkan 20 tan sarang burung ke negara tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, majlis ulang tahun berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak terutama kakitangan yang bersama-sama berjuang dan bertahan dalam menempuh kesukaran ketika pandemik Covid-19.

"Kedua, pihak kita juga meraikan kejayaan kerana menerima projek penambahan tanah daripada kerajaan untuk memperluaskan tanaman durian musang king," jelasnya.