'Kita tidak mahu rakyat dimangsakan...' - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (tengah) bersama Wan Rosdy ketika melawat pameran sempena program Sentuhan Kasih Desa Pelangai Mini Ekspo TVET KKDW dan Keusahawanan Desa di Dataran Simpang Pelangai pada Sabtu.
Ahmad Zahid (tengah) bersama Wan Rosdy ketika melawat pameran sempena program Sentuhan Kasih Desa Pelangai Mini Ekspo TVET KKDW dan Keusahawanan Desa di Dataran Simpang Pelangai pada Sabtu.
A
A
A

BENTONG - "Kita tidak mahu rakyat dimangsakan apabila negeri itu ditadbir oleh parti yang bertentangan dasar apatah lagi pendirian politik," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, jalinan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri amat didambakan rakyat keseluruhannya.

"Ini menyebabkan rakyat di bawah terutama yang memilih wakil sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen akan menghadapi permasalahan.

"Ia kerana permohonan bukan sahaja soal pembangunan, bukan juga soal-soal kemudahan tapi lebih penting ialah bagaimana fikrah atau penyatuan pemikiran dapat diwujudkan supaya selari dan sealiran dengan negeri dan Pusat," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena program Sentuhan Kasih Desa Pelangai Mini Ekspo TVET KKDW dan Keusahawanan Desa di Dataran Simpang Pelangai di sini, pada Sabtu.

Ahmad Zahid (empat dari kanan) menyempurnakan simbolik perasmian program Sentuhan Kasih Desa Pelangai Mini Ekspo TVET KKDW dan Keusahawanan Desa di Dataran Simpang Pelangai pada Sabtu.
Ahmad Zahid (empat dari kanan) menyempurnakan simbolik perasmian program Sentuhan Kasih Desa Pelangai Mini Ekspo TVET KKDW dan Keusahawanan Desa di Dataran Simpang Pelangai pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan negeri.

Ujar beliau, jika pengundi di Pelangai membuat pilihan tepat iaitu wakil yang dipilih adalah sealiran dengan Pusat dan negeri, penduduk di Pelangai khususnya serta di Bentong dan Pahang menerima manfaatnya.

Artikel Berkaitan:

"Sebab itu, 7 Oktober ini adalah tarikh penentuan kepada orang Pelangai untuk teruskan jasa dan khidmat terbaik oleh Tan Sri Adnan Yaakob sepanjang beliau menjadi ADUN Pelangai dan Menteri Besar Pahang yang telah dapat melakukan transformasi terbaik untuk Pelangai, Bentong dan Pahang," tambah beliau.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga memberitahu KKDW mengambil pendekatan iaitu harus menjalin kerjasama dan ketepikan kaedah fikrah atau pemikiran silo.

"Pemikiran silo iaitu itu aku punya, itu engkau punya, itu tugas kau, ini tugas aku.

"Dan itu bukan hanya di Pelangai, insya-ALLAH di Kemaman pada bulan-bulan mendatang, kita telah lihat bagaimana di Pulai, Simpang Jeram, kerajaan telah mengotakan janji-janji yang dihidangkan," jelas Ahmad Zahid lagi.