SOP penyelenggaraan kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan

Fadhlina - Foto Sinar Harian/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Fadhlina - Foto Sinar Harian/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan kemudahan sukan akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah sifar kemalangan.

Sehubungan itu beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah memantau seluruh infrastruktur sukan dan padang sekolah berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan pelajar.

"Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa mengingatkan pelajar untuk sentiasa waspada ketika melakukan aktiviti di luar kelas," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan, seorang murid Tahun 5 sebuah sekolah rendah di Bintulu, Sarawak maut selepas ditimpa palang gol ketika menjalankan aktiviti kokurikulum pada awal pagi Jumaat.

Dalam pada itu, Fadhlina menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah sekali gus memberi jaminan KPM menerusi JPN akan menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.

"Saya juga memberikan jaminan bahawa KPM akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan tragedi ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan: