'Saya okay saja pakai Proton Wira lama' - Jasmin Hamid

Hantaran di laman Instagram Jasmin mengenai kereta Wira yang digelar Bobob.
Hantaran di laman Instagram Jasmin mengenai kereta Wira yang digelar Bobob.
A
A
A

PELAKON Jasmin Hamid berkongsi pengalamannya dicemuh segelintir netizen yang menganggapnya hidup susah hanya kerana menggunakan kereta lama jenis Proton Wira.

Pelakon berusia 51 tahun itu juga pelik dengan sikap individu tertentu yang memperlekeh dan menggelarnya miskin kerana jenis kereta berkenaan.

"Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget pada saya.

"Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?’ Itu antara dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar. Kenapa ya? Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk?

“Saya okay saja pakai Wira lama, yang awak pula rasa alergi dah kenapa?” katanya menerusi perkongsian di Instagramnya.

Bobob merupakan gelaran untuk keretanya yang dikatakan terperuk di rumah tanpa digunakan sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi hantaran dimuat naik dua hari lalu, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid dilihat ceria berkongsi cerita mengenai Bobob sambil ditemani suaminya, Nazmir Abd Rahman yang memandu kenderaan itu.

“Alhamdulillah ‘my Felari’ dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dia ditidurkan sebab PKP. Nama dia Bobob.

Artikel Berkaitan:

“Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. Bobob ada sentimental value (nilai sentimental). Buat yang banyak cakap, nak belikan kereta baharu untuk saya ke?

"Kalau tak, tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat. Tepi sikit Bobob nak lalu ni,” tulisnya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut mendapat lebih 12,000 tanda suka daripada pengikutnya.