Nights of Fright 9 lebih menakutkan, seram

NOF9 menawarkan keseronokan dan horrorphiles dalam taman tema dengan konsep yang berbeza setiap tahun.
NOF9 menawarkan keseronokan dan horrorphiles dalam taman tema dengan konsep yang berbeza setiap tahun.
A
A
A

PETALING JAYA - Sunway Lagoon kembali lagi dengan Nights of Fright 9 (NOF9) dan kali ini pengalaman Halloween yang menakutkan dan menyeramkan ditingkatkan menerusi kerjasama dengan The Sudden Impact, syarikat hiburan dari New York.

Bertemakan Fields of Fear- unearth the horror in Sunway Lagoon’s, NOF9 dibuka kepada pengunjung sehingga 31 Oktober depan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 7.30 malam hingga 11.30 malam.

Nights of Fright: Festival of Fear yang dilancarkan pada 2013, menawarkan keseronokan dan horrorphiles dalam taman tema dengan konsep yang berbeza setiap tahun.

Tahun ini NOF9 mencipta pengalaman Halloween paling mengasyikkan dengan membawa semua yang berjalan di tanah berhantu ke dunia mimpi ngeri, di mana ketakutan yang tidak rasional dipergiatkan dan garis antara realiti serta mimpi ngeri menjadi kabur.

NOF9 menyediakan lapan rumah berhantu bertema, 11 tunggangan mendebarkan, dua zon menakutkan, dua pentas pertunjukan dan Teater Scarytales yang baharu dan lebih besar.
NOF9 menyediakan lapan rumah berhantu bertema, 11 tunggangan mendebarkan, dua zon menakutkan, dua pentas pertunjukan dan Teater Scarytales yang baharu dan lebih besar.

Dengan kesan khas canggih, reka bentuk set terperinci dan pelakon menakutkan yang berkeliaran di taman, NOF9 menyediakan lapan rumah berhantu bertema, 11 tunggangan mendebarkan, dua zon menakutkan, dua pentas pertunjukan dan Teater Scarytales yang baharu dan lebih besar.

Penolong Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Pengalaman Taman Tema Sunway Lagoon, Michelle Soong berkata, NOF9 menjanjikan empat tambahan terbaharu dan sorotan menakutkan dari Timur dan Barat.

“Bagi pencabar paling berani, buang panduan dan peta yang disediakan untuk merasai pengalaman seram dan unik. Tiada laluan yang ditetapkan untuk diikuti.

Artikel Berkaitan:

"Anda tidak akan mengetahui sama ada terdapat peti besi terlindung di sudut. Jadi berhati-hatilah dengan setiap langkah dan setiap sudut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tiket masuk bermula dari RM128 dengan pilihan bagi menambah Pas Xpress untuk melangkau barisan di tunggangan dan tarikan terpilih pada harga RM98.

Pakej VIP berharga RM298, termasuk makan malam bertema, memorabilia acara dan peluang bergambar eksklusif bersama pelakon.