Mohd Nasri pangku jawatan Pengarah JSPT Bukit Aman

Mohd Nasri (kanan) memangku jawatan Pengarah JSPT Bukit Aman menggantikan Mat Kasim (kiri) yang bersara wajib pada Sabtu.
Mohd Nasri (kanan) memangku jawatan Pengarah JSPT Bukit Aman menggantikan Mat Kasim (kiri) yang bersara wajib pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar dilantik sebagai pemangku Pengarah JSPT Bukit Aman.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mat Kasim Karim yang bersara wajib pada Sabtu selepas berkhidmat dalam pasukan lebih 35 tahun.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, pada Jumaat dengan disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob Khan berkata, persaraan Mat Kasim pasti akan meninggalkan legasi yang tersendiri dalam lipatan sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di JSPT.

"Saya mewakili barisan kepimpinan tertinggi pasukan mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau (Mat Kasim) atas segala khidmat bakti yang dicurahkan.

"Sepanjang perkhidmatan sebagai orang nombor satu di dalam JSPT, beliau (Mat Kasim) telah memainkan peranan penting dalam memastikan jabatan ini menambah baik saluran penyelesaian saman PDRM melalui platform atas talian pada Mac 2021," katanya dalam ucapan semasa Majlis Serah Terima Tugas di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, penambahbaikan ini dilaksanakan dengan memperkenalkan portal dan aplikasi myBayar PDRM dengan ciri-ciri baharu yang mana ia boleh diakses oleh masyarakat dengan mudah.

Ujarnya, melalui aplikasi ini, sebanyak 58 peratus saman telah diselesaikan secara dalam talian pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Didoakan semoga, usaha serta inisiatif yang diperkenalkan ini dapat diteruskan, bahkan diperhebatkan lagi oleh peneraju baharu JSPTselepas ini, Insya-ALLAH," katanya.