Antony disoal siasat lima jam

ANTONY
ANTONY
A
A
A

PEMAIN Manchester United, Antony dilaporkan telah memberi keterangan selama lima jam di balai polis Manchester atas dakwaan penderaan yang dibuat oleh bekas kekasihnya Gabriela Cavallin.

Pemain berusia 23 tahun itu dilihat diiringi masuk ke balai polis oleh anggota keselamatan Manchester United sekitar jam 4 petang pada Khamis.

The Sun melaporkan bahawa dia telah disoal siasat selama lima jam dan pemain kelahiran Brazil itu dilihat meninggalkan balai polis kira-kira jam 9 malam.

Antony telah diberikan cuti rehat oleh kelab Liga Perdana itu awal bulan ini dalam usaha untuk menyelesaikan dakwaan yang dibuat oleh Cavallin dan dua wanita lain.

The Sun turut melaporkan bahawa Antony sendiri menghubungi Polis Greater Manchester (GMP) dan menawarkan diri bertemu mereka untuk disoal siasat.

Antony kembali semula ke Manchester awal minggu ini selepas dia berada di Brazil sejak awal September untuk menyertai pasukan kebangsaan dan dikeluarkan selepa dakwaan itu timbul.

The Times melaporkan bahawa Antony sanggup menyerahkan telefonnya kepada GMP untuk membantu dalam siasatan mereka.

Antony, yang menyertai United pada musim panas 2022, dituduh menanduk dan menumbuk Cavallin selain didakwa merosakkan implan payu daranya.

Artikel Berkaitan:

Cavallin telah menuduhnya menyerangnya sebanyak empat kali manakala dua lagi wanita iaitu pelajar undang-undang Rayssa de Freitas dan pegawai bank, Ingrid Lana - turut tampil di Brazil untuk membuat dakwaan yang sama mengenai tingkah laku agresif pemain tersebut.