PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang

Gambar hiasan. (Gambar kecil: Anwar)
Gambar hiasan. (Gambar kecil: Anwar)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud keresahan berkaitan kenaikan harga barangan yang memberi kesan kepada perbelanjaan rakyat.

Jelasnya, Kementerian Kewangan (MOF) sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.

"Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berjalan. Memang ada masalah. Saya akui masalah harga barang dan keperluan.

"Ada beberapa negara sudah ada keresahan sosial yang besar kerana sekatan beras dan peningkatan cukai eksport, bawang uampamanya. Itu semua beri kesan ekonomi dan kita cuba tangani.

"MOF sedia tampung, beri bantuan akan diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di Menara TH di ibu negara pada Jumaat. - Awani

Artikel Berkaitan: