PRK Pelangai: Bantu isu perumahan di Sungai Gapoi, jika Amizar menang

Arumugam
Arumugam
A
A
A

BENTONG - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam diharap dapat memberi perhatian terhadap isu perumahan rakyat di Kampung Sungai Gapoi sekiranya menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.

Pengerusi MIC Pahang, V Arumugam menjelaskan itu antara keperluan mendesak masyarakat India di kawasan terbabit.

Menurutnya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun pernah menerima permintaan daripada penduduk dan mahu meneliti serta mengatasi masalah berkenaan.

"Saya difahamkan gerak kerja awal sudah pun bermula tetapi berlaku tragedi seperti itu (pesawat terhempas) kepada beliau (Johari.

"Kita harap Datuk Amizar menang dan seterusnya saya dapat bekerjasama untuk membantunya dalam menangani isu perumahan khususnya di kawasan ladang di sini," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai menjelaskan masih ramai masyarakat India khususnya pekerja ladang tidak mampu miliki rumah.

Katanya, mereka layak dan mendapat surat tawaran untuk memiliki rumah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, namun ditolak oleh pihak bank disebabkan alasan tertentu.

"Mereka ini kebanyakan kerja kampung dan gaji ada bawah RM1,500 hingga ke RM2,000 jadi mereka tidak lepas (dapat kelulusan dari bank) untuk membeli rumah disebabkan ada komitmen lain seperti kereta dan sebaginya.

Artikel Berkaitan:

"Justeru, kita harap kerajaan dapat mencari makenisma yang sesuai bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah ini mempunyai kediaman sendiri," ujarnya.