PRN Melaka: 20 delegasi AWPC saksikan proses demokrasi

Mas Ermieyati (kanan) mengetuai delegasi AWPC meninjau proses demokrasi PRN Melaka pada Sabtu.
Mas Ermieyati (kanan) mengetuai delegasi AWPC meninjau proses demokrasi PRN Melaka pada Sabtu.
A
A
A

HANG TUAH JAYA - Seramai 20 ahli delegasi Kaukus Ahli Parlimen Wanita Asia (AWPC) dibawa menyaksikan proses demokrasi dan pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, lawatan itu diadakan bersempena Mesyuarat Kaukus Ahli Parlimen Wanita Asia (AWPC) 2026 yang berlangsung sejak Khamis.

Menurut beliau, pemilihan Melaka sebagai lokasi lawatan memberi peluang kepada delegasi berkenaan melihat secara dekat rakyat melaksanakan tanggungjawab memilih.

"Jadi, saya bawa mereka ke Melaka untuk melihat bagaimana proses demokrasi berlaku dan bagaimana rakyat Melaka membuat pilihan.

"Berikutan beberapa kekangan, mereka hanya dapat melihat suasana kempen dan proses pengundian dari kawasan sekitar," katanya ketika ditemui berhampiran Pusat Mengundi di Sekolah Rendah Agama Jaim Peringgit di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: 240 pusat mengundi dibuka serentak jam 8 pagi

PRN Melaka: Warga emas tidak lena tidur teruja mahu raikan pesta demokrasi

PRN Melaka: Selesai mengundi, Ab Rauf ingatkan pengundi jangan tunggu petang

PRN Melaka: Selepas 14 tahun, empat beranak asal Kelantan pertama kali undi di Melaka

Artikel Berkaitan:

PRN Melaka: Diserang strok ketika memandu, Syamsinar tetap gigih mengundi

PRN Melaka: Bergegas mengundi, apron berniaga pun tak sempat ditanggalkan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, delegasi itu membabitkan wakil negara antaranya Jerman, Timor-Leste, Filipina, Jepun, Taiwan, Sri Lanka, India, Pakistan dan Nepal.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada Ahli Parlimen serta penggubal dasar negara masing-masing yang turut berpeluang bertukar pandangan sepanjang program berkenaan.

Mengulas perbincangan dalam mesyuarat AWPC 2026, beliau berkata, antara perkara penting yang diketengahkan ialah usaha memperkasakan penglibatan wanita dalam politik.

"Cabaran berkenaan bukan sahaja melibatkan aspek keselamatan ekonomi, malah penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kempen politik yang semakin berkembang," katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!