Pendaki warga India hilang di Gunung Jasar, Cameron Highlands

Anggota bomba melakukan pencarian mangsa menggunakan khidmat anjing pengesan.
Anggota bomba melakukan pencarian mangsa menggunakan khidmat anjing pengesan.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Seorang pendaki warga India dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Cameron Highlands sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, mangsa, Nanda Suresh Nadkarni, 44, dipercayai keluar dari hotel di Tanah Rata untuk mendaki Gunung Jasar kira-kira jam 9 pagi, 22 September lalu.

Menurutnya, mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 19 September dan sepatutnya mendaftar keluar 24 September lalu.

"Sehingga jam 12 tengah hari pada 24 September, mangsa didapati tidak mendaftar keluar.

"Kehilangan mangsa kemudiannya dilaporkan kepada polis oleh pengurus hotel berkenaan Isnin lalu," katanya.

Operasi SAR digerakkan selepas kehilangan mangsa dilaporkan pada 25 September lalu.
Operasi SAR digerakkan selepas kehilangan mangsa dilaporkan pada 25 September lalu.

Azri berkata, hasil siasatan awal berdasarkan rakaman kamera liter tertutup (CCTV) di sekitar Tanah Rata mendapati mangsa keluar dari hotel seorang diri untuk melakukan aktiviti mendaki di Trail 10 Gunung Jasar.

"Ekoran maklumat diterima, polis telah menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dimulakan disertai pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan badan bukan kerajaan (NGO)," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Operasi pencarian turut menggunakan khidmat anjing pengesan bomba.
Operasi pencarian turut menggunakan khidmat anjing pengesan bomba.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian dan menularkan sebarang maklumat tidak benar.

"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, boleh hubungi Bilik Gerakan (DCC) di talian 05-4915999," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!