Operasi SAR pelancong warga India hilang diteruskan

Anggota pasukan penyelamat menerusikan operasi SAR pelancong warga India yang memasuki hari kelima pada Jumaat.
Anggota pasukan penyelamat menerusikan operasi SAR pelancong warga India yang memasuki hari kelima pada Jumaat.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pelancong warga India, Nanda Suresh Nadkarni, 44, yang dilaporkan hilang di Gunung Jasar, Tanah Rata, di sini diteruskan pada Jumaat.

Operasi SAR yang memasuki hari ke lima melibatkan 93 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi itu dengan fokus pencarian di kawasan aliran anak sungai dan cerun bukit.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, hari keempat pencarian pada Khamis, kawasan pencarian diperluas hingga ke kawasan Habu Heights dan sempadan negeri Perak.

Menurutnya, misi pencarian turut melibatkan Pasukan Khas, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Khas Pertahanan Awam (Paspa).

"Kaedah pencarian menggunakan drone pelbagai agensi turut diteruskan bagi mengesan lokasi berpotensi untuk menjejaki mangsa.

"Selain itu, khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bomba dan polis turut digunakan dalam operasi tersebut," katanya.

Operasi SAR pelancong warga India yang hilang di Gunung Jasar, Tanah Rata di sini diteruskan pada Jumaat dengan fokus pencarian di kawasan anak sungai dan cerun bukit.
Operasi SAR pelancong warga India yang hilang di Gunung Jasar, Tanah Rata di sini diteruskan pada Jumaat dengan fokus pencarian di kawasan anak sungai dan cerun bukit.

Azri berkata, pihaknya berharap ada perkembangan positif daripada pasukan penyelamat yang menyertai pencarian pada hari kelima ini.

Artikel Berkaitan:

Pendaki warga India itu dilaporkan hilang sejak 22 September lalu selepas keluar dari hotel penginapan sendirian dipercayai untuk mendaki Gunung Jasar.

Mangsa yang mendaftar masuk hotel berkenaan pada 19 September dan sepatutnya mendaftar keluar 24 September lalu bagaimana pun sehingga jam 12 tengah hari hari berkenaan mangsa didapati tidak mendaftar keluar.

Kehilangan mangsa kemudiannya dilaporkan kepada polis sebelum operasi SAR melibatkan pelbagai agensi digerakkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!