Banjir: Empat PPS dibuka di Baling

Seramai 244 mangsa ditempatkan di PPS selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat.
Seramai 244 mangsa ditempatkan di PPS selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat.
A
A
A

ALOR SETAR - Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Baling akibat banjir kilat yang berlaku susulan hujan lebat di kawasan terbabit pada Rabu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, hujan lebat terbabit menyebabkan air sungai melimpah ke tebing dan memasuki kediaman terletak berdekatan.

Katanya, empat PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan Iboi, Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Sekolah Kebangsaan KEDA dan Surau An-Annur.

"Keseluruhan mangsa terlibat adalah seramai 244 mangsa daripada 83 buah keluarga iaitu masing-masing 103 mangsa di SK Iboi dan 141 mangsa di SMK Jerai.

"Dua lagi PPS masih dalam proses pendaftaran mangsa oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat di Baling pada Rabu.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat di Baling pada Rabu.

Menurutnya, setakat jam 8 pagi pada Khamis, keadaan cuaca dilaporkan cerah di sekitar daerah Baling dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

"Refreshment kit (roti dan air kotak) serta makanan retort telah diserahkan kepada mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Kelengkapan seperti toto, tikar, kit bencana juga telah diedarkan kepada semua mangsa di PPS," katanya.