4 penjual barang kemas sumbang jualan tertinggi di Shopee Live

Peniaga pakaian Muslimah dalam talian, Lulu Waniey.
Peniaga pakaian Muslimah dalam talian, Lulu Waniey.
A
A
A

EMPAT penjual barang kemas di Pulau Pinang antara penyumbang jualan tertinggi strim langsung Shopee di negara ini bagi tempoh 12 bulan lalu.

Menurut kenyataan Shopee, jualan barangan tersebut menyumbang kepada RM1.5 juta di Wilayah Utara Malaysia.

“Ia diikuti dengan Wilayah Tengah Malaysia yang mencatatkan RM1.2 juta barangan terjual di Shopee Live.

“Pantai timur merupakan rantau paling aktif dengan 30 peratus strim langsung dijalankan oleh penjual di Kelantan, Terengganu dan Pahang.