'Saya bukan nabi…' - Engku Emran luah perasaan

PERCERAIAN kali ketiga ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin menjadi antara topik hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Bahkan, ia turut mendapat perhatian sehingga ke negara seberang dan media di sana juga asyik membicarakan kes perceraian Engku Emran dan Noor Nabila Mohd Noor, Isnin lalu.
Meluahkan gelojak hati, Engku Emran berkongsi paparan skrin perbualan bersama dua kenalan rapat iaitu Ustaz Rosli dan Kekanda Uchop.
Dedah lelaki berusia 48 tahun itu, perceraian kali ketiga ini benar-benar menguji kesabarannya apabila banyak fitnah yang bertebaran terutama melibatkan ayah dan anak perempuannya, Engku Aleesya.